Sejarah Sekolah

Smk Bongor diserahkan secara rasminya oleh kontraktor kepada Kementerian Pelajaran pada 3 Februari 2010 dan didaftarkan untuk beroperasi pada 1 Mac 2010. Sekolah ini, dilengkapi dengan kemudahan yang terkini dan mempunyai 6 blok bangunan iaitu Blok Pentadbiran, Akademik, Bengkel, Makmal, Pusat Sumber, dan Kantin. Nama Smk Bongor diambil sempena nama mukim di mana letaknya sekolah ini iaitu Mukim Bongor. Bongor merupakan nama sejenis pokok yang banyak terdapat di kawasan ini. Pokok ini mempunyai daya tarikan tersendiri apabila tiba musim bunga kerana bunganya berwarna ungu. Warna ungu juga merupakan warna rasmi Smk Bongor. Sekolah ini mula menerima pelajar sulungnya pada tanggal 9 Mei 2010.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kelas 2018